Gaya Warisan Collection

Gaya Warisan Collection pada umumnya dikenali sebagai pengedar batik lukis yang mana mereka menawarkan kain pasang batik (4 meter) sesuai untuk baju kurung dan kebaya serta kain pasang batik (2.5 meter) untuk kemeja lelaki.

Take a quick tour

Home

BUTIK GAYA WARISAN COLLECTION

NO TELEFON : 03-26915913 @ 019- 9596800

 

 

Sekitar tahun 1988, Gaya Batik ditubuhkan dan memberi nafas baru di dalam bidang perniagaan tekstil dengan memperkenalkan kain batik. Bertempat di Lot 42 Pasar Rakyat, Medan Mara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, Gaya Batik menawarkan batik lukis dan skrin yang bermutu tinggi selain tudung-tudung sulam dari Kelantan.

Butik Gaya Warisan Collection yang bertempat di 148,Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Melihat kepada perkembangan industri batik dan percaya bahawa batik mempunyai prospek yang cerah, maka lahirlah Gaya Warisan Collection menggantikan Gaya Batik. Beroperasi pada tahun 1992 dan bertapak di Lot 16 dan 17 Aked Malaysia, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Ini diperkuatkan lagi dengan tertubuhnya kilang di Pasir Mas, yang mana ia mampu menampung permintaan batik bagi memenuhi kehendak dan selera pelanggan.

Setelah tujuh tahun beroperasi di Aked Malaysia, pada tahun 1999, Gaya Warisan Collection mula melebarkan sayapnya dan bertapak di No 156, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. dan sekali lagi berpindah ke 148 Jalan Tuanku Abdul Rahman sehingga sekarang.

keunikan dan corak batik yang dihasilkan menjadikan Gaya Warisan Collection berjaya mendapat perhatian. Konsep kontemporari yang diterap sambil mengekalkan unsur-unsur tradisional pada corak dan rekaan batik telah menjadi faktor utama tarikan pembeli batik samada di kalangan penduduk tempatan mahupun pelancong dari Brunei, Singapura, Indonesia dan juga sekitar Eropah.

Namun begitu, usaha bagi memajukan lagi Gaya Warisan Collection tetap diteruskan bagi mengekalkan pasaran yang sedia ada dan menambah pasaran-pasaran baru bagi batik. Ini termasuklah usaha menambah cawangan baru di lokasi yang difikirkan strategik dan berdaya saing.

Gaya Warisan Collection turut menerima tempahan batik mengikut kehendak pelanggan

Gaya Warisan Collection pada umumnya dikenali sebagai pengedar batik lukis yang mana mereka menawarkan kain pasang batik (4 meter) sesuai untuk baju kurung dan kebaya serta kain pasang batik (2.5 meter) untuk kemeja lelaki. Selain itu, Gaya Warisan Collection turut menyediakan pakaian siap kemeja, kurung dan kebaya serta tambahan tudung, pario, kaftan serta kain sarong yang berasaskan batik bagi mempelbagaikan lagi produk batik disini.

Gaya Warisan Collection bukan hanya menyediakan batik siap malahan turut menerima tempahan batik serta berkongsi idea bersama pelanggan untuk menghasilkan corak dan rekaan baru mengikut kehendak pelanggan seperti persatuan sekolah dan pertubuhan di sektor-sektor awam atau swasta.

Untuk mengembangkan dan mengukuhkan pasaran, Gaya Warisan Collection

telah menawarkan peruncit untuk membeli kain secara borong. Dengan cara ini juga, Gaya Warisan Collection berpendapat bahawa ia akan dapat membantu peniaga-peniaga kecil untuk berniaga. Malahan, Gaya Warisan Collection sudi bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat di dalam bidang ini.

 

 

Who's Online

We have 2 guests online

HUBUNGI KAMI

BUTIK GAYA WARISAN COLLECTION
148, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
Kuala Lumpur

Tel : 03 - 2691 5913

Cara Melakukan Pesanan

Pesanan & Pembayaran menggunakan kad kredit atau kad debit atau Online Transfer, sila KLIK ikon ini :-

BUY NOW

 

Pesanan sahaja TANPA pembayaran terlebih dahulu, sila KLIK ikon ini :-

Salaat Times

Corak Batik Terkini

Tudung Habotai 28

Order Sekarang...

Fesyen Terbaru

Kemeja Butang Baju Melayu

Tempah Sekarang...

Produk Terbaru

Baju Kaftan

Tempah Sekarang...